Bioteknologi: Gaji Mungkin Masalah

August 27, 2008 · Kategori: Kerjaya 

Kerjaya dalam bidang bioteknologi di negara ini mungkin dibantutkan dengan masalah gaji rendah dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar negara. Ia bakal menimbulkan situasi sukar kerana banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mempromosikan bidang berpotensi tinggi ini.

Beberapa media tempatan dan luar negeri juga mendapati ramai para pengkaji (researcher) dan saintis berkaliber memilih untuk menerima peluang dari negara luar, termasuk jiran, Singapura yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka. Apatah lagi jika keadaan ini dibandingkan dengan negara negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.

Seorang saintis negara yang ditemu bual oleh media antarabangsa International Herard Tribune, mengakui menerima gaji 5 kali ganda di Singapura berbanding dengan gaji yang diterimanya di Malaysia. Selain daripada faktor gaji, beliau juga mendapati Singapura menawarkan suasana kerja yang amat baik dan kompetitif.

Mungkin pernyataan beliau tidak terlalu mengejutkan kerana pada masa ini, Singapura mempunyai fasiliti bioteknologi dan biosains terbaik di dunia kerana kemampuannya menarik minat pelabur asing yang terdiri daripada syarikat gergasi dalam bidang perubatan, sains and farmasi. Antara syarikat terkenal dunia yang telah membina pusat kajian di Singapura ialah Eli Lilly, Novartis, Takeda dan Pfizer. Keempat empat mereka tergolong dalam 50 syarikat farmasi terbesar di dunia.

Negara jiran tersebut telah membelanjakan lebih daripada $2 billion pelaburan untuk menjana industri bioteknologi dan biomedikal.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

3 Responses to “Bioteknologi: Gaji Mungkin Masalah”

  1. Dane on September 3rd, 2008 8:31 am

    kenapa kerajaan tidak mengambil kisah ttg pkra ini..sukar utk kami pelajar biotek utk meramal status kami…please b concious…

  2. kid 666 on February 19th, 2009 7:12 am

    spttnye kt mlysia gji dlm bidg biotek msti la tggi,lau xtggi np wt bidg 2 kt malaysia….

  3. rakaba on May 11th, 2009 12:58 pm

    kerajaan banyak bercakap tentang biotek!!!tapi kemudahan untuk mertabatkan biotek dipelopori singapura…banyak ke $2bil. dibandingkan dgn projek2 lain yang sudah pasti menafaatnya berganda2???

Leave a Reply