Biasiswa Kecemerlangan Daripada Maxis
Sejak tahun 2004, Maxis memperkenalkan biasiswa yang diberi nama Maxis Scholarship for Excellence untuk menaja pelajar yang menonjolkan prestasi akademik yang memberangsangkan bagi meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana (postgraduate). Peluang biasiswa ini dibuka sekali lagi untuk permohonan bagi sesi 2008/2009.
Berbeza dengan tahun tahun yang sebelum ini, pemberian biasiswa Maxis pada tahun 2008 ini tidak lagi hanya terbuka kepada pelajar dalam bidang sarjana, tetapi juga bagi mereka yang bakal meneruskan ijazah sarjana muda (undergraduate). Perubahan ini dilakukan untuk memberi ruang kepada lebih ramai pelajar berpotensi mendapatkan bantuan pinjaman dan merealisasikan impian mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading.
Biasiswa ini juga tidak hanya tertakluk kepada mereka yang mendapat tawaran ke universiti universiti terkenal di Britain dan Amerika Syarikat, tetapi juga untuk institusi pengajian tinggi tempatan yang terpilih. Sebanyak 40 penyertaan dibuka pada tahun ini.
Bergantung kepada lokasi universiti, nilai pemberian biasiswa adalah berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negeri bakal memperolehi tanggungan sehingga mencecah RM150,000 setahun yang merangkumi yuran pembelajaran, elaun akademik dan juga elaun sara hidup. Manakala jumlah tanggungan yang bakal diterima oleh pelajar di dalam negeri diberi sehingga RM10,000 setahun.
Antara ciri ciri pelajar yang dicari oleh Maxis termasuk mereka yang memberi persembahan konsisten dalam bidang akademik, aktif terlibat dalam kegiatan luar dan sukan, mempunyai ciri ciri pemimpin yang baik, daya ketrampilan dan personaliti yang menarik, serta mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Biasiswa yang ditawarkan ini boleh dipohon oleh pelajar yang ingin menceburi bidang sains, teknologi, kejuruteraan maklumat dan perhubungan, bisnes, pentadbiran, perubatan, undang undang dan kesenian.
Maaf, tiada post lain yang setara.Comments

5 Responses to “Biasiswa Kecemerlangan Daripada Maxis”
Leave a Reply




How to apply on the scholarship by using your website.Please explain briefly.
bagaimana saya ingin mendapatkan maklumat lebih lengkap
adakah saya boleh memohon
saya pelajar ijazah sarjana di universiti malaya
How i can apply the scholarship from maxis.
is the scholarship also offer in my university (UNIMAS, SARAWAK)
May I know, what the rules and regulation to have this scholarship??
Im taking ijazah sarjana muda in international marketing at the universiti malaysia sabah..
camna nak apply biasiswa maxis ni?