3,000 Jawatan Kerajaan Untuk Graduan IT

April 17, 2009 · Kategori: Kerjaya 

Graduan dalam bidang IT mendapat sedikit khabar gembira apabila 3,000 jawatan kosong dalam kerajaan bakal diwujudkan buat mereka dalam masa terdekat. Ini adalah untuk membolehkan perlaksanaan penuh projek SchoolNet, yang bakal membuka peluang jawatan fasilitator kepada mereka yang berminat.

Fasilitator ini bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada guru dan juga pelajar dalam sektor teknologi maklumat, dan penggunaan internet.

Walaupun gaji yang bakal ditawarkan sebagai fasilitator ini hanya berjumlah RM1,000 sebulan, sedikit sebanyak graduan yang kini berdepan dengan kemelesetan ekonomi mempunyai pilihan yang jauh lebih baik daripada terus menganggur. Setidak tidaknya dengan memegang sebarang jawatan, mereka boleh mengasah kemahiran serta mendapat skil skil baru sebelum mendapat kerja lain.

Graduan dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja dalam waktu waktu yang tidak menentu ini untuk mengelakkan mereka terus terpinggir dalam alam pekerjaan.

Program SchoolNet bertujuan untuk menyediakan kemudahan internet jalur lebar kepada sekolah sekolah di seluruh Malaysia, dan dijangka akan dinikmati sehingga 10,000 sekolah dalam beberapa tahun akan datang. Buat masa ini, SchoolNet telah berjaya dilancarkan di sekolah sekolah bistari dan juga di cluster schools.

Program fasilitasi ini akan bermula pada bulan Jun 2009, dan pemilihan calon akan dilakukan oleh beberapa pihak kerajaan, yang akan bermula mengiklankan kekosongan jawatan dalam masa yang terdekat.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

15 Responses to “3,000 Jawatan Kerajaan Untuk Graduan IT”

  1. aimi on April 20th, 2009 9:22 am

    kalau nak mohon untuk jadi fasilitator juga macam mana?syarat2 untuk minta kerja ini apa?spm, stpm, sijil, diploma @ ijazah?

  2. noor on May 11th, 2009 3:49 am

    saya ingin meluahkan..saya memang berminat memohon kerja jawatan kerajaan..sudah 7 tahun saya mohon tapi belum rezeki saya..umur saya sudah 25 tahun masih bujang..kelulusan saya rendah dan ada sijil kemahiran komputer..kalau boleh jawatan bawahan pun tak pa seperti atendan kesihatan,pembantu am pejabat,kerani am dan sebagainya..saya merayu sangat pada pihak kerajaan supaya memilih saya kerjaya sesuai dengan kelulusan yang saya ada..

  3. Seri on May 19th, 2009 1:03 pm

    Assalamualaikum..
    Boleh saya tahu macam mana nak mohon untuk jadi fasilitator?

  4. kesavan on June 17th, 2009 6:19 am

    Boleh saya tahu macam mana nak mohon untuk jadi fasilitator?

  5. agung on June 17th, 2009 8:10 am

    salam,

    jawatan ni dah siap temuduga. bertugas 22 jun 09- Disember 10. gaji rm 2331++

  6. emy on June 19th, 2009 3:02 am

    salam… nak tnya mcmana nak apply jawatan fasilitator nie…
    sbb sy slh sorg graduan IT n apa syarat2 nya…

  7. fana on June 20th, 2009 9:51 am

    kenapa susah nak cari kerjaya sebagai pengurus rekod?

  8. izzura binti ibrahim on June 23rd, 2009 12:35 pm

    saya nak cari keja.

  9. Ayu on July 10th, 2009 6:39 am

    Saya lepasan politeknik, dalam bidang it, iaitu diploma kejuruteraan elektronik komputer dan sangat berminat untuk bekerja dalam bidang ini..

  10. Ayu on July 10th, 2009 6:41 am

    Saya lepasan politeknik, dalam bidang it, iaitu diploma kejuruteraan elektronik komputer dan sangat berminat untuk bekerja dalam bidang ini..
    Boleh saya tahu macam mana nak mohon untuk jadi fasilitator?

  11. Ruziana Bt Sulaiman on August 1st, 2009 5:07 pm

    Saya lulusan dari politeknik dalam bidang IT.Sy berminat untuk berkerja dalam bidang berkaitan dengan kelulusan saya

  12. azilla aziz on August 21st, 2009 7:47 pm

    saya mempunyai dip dlm bidang elektronik kompter dan memiliki sijil professional dalam IT Technician dari CompTIA A+. mcm mane sy nak mohon jawatan ni??

  13. ADMIN ASSISTANT on January 4th, 2010 10:31 am

    ADMIN ASSISTANT

    Requirements
    1.Female, Minimum SPM, Certificate, Diploma or Degree holder will have advantage
    2.With or without experience
    3.Preferably age below 30
    4.Good discipline & positive attitude
    5.Able communication in English & Malay
    6.Strong IT Skills
    7.Valid driving license with own transport has advantage

  14. zura on January 30th, 2010 9:46 am

    Boleh saya tahu mcm ne nak mohon jawatan fasilitator? Saya mempunyai kelulusan sijil tahap 3 dalam kemahiran komputer. Saya ingin mencuba nasib dah berkali-kali saya memohon jawatan di sektor awam tapi lom ada apa2 maklumbalas n rezeki saya.

  15. suriakala d/o muniandy on April 15th, 2010 2:53 pm

    i realy neet goverment job in IT section. im finishing diploma in computer study. pls help me.

Leave a Reply