23 IPTS Bakal Hilang Lesen

August 26, 2008 · Kategori: Pendidikan 

Sebanyak 23 IPTS (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta) bakal ditarik balik lesen operasi dan dinyahsenaraikan dari senarai rasmi IPTS kerana kegagalan berfungsi secara aktif. Sebanyak 40 lagi sedang disiasat oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan menghadapi kemungkinan menerima nasib yang sama.

Selain daripada itu, pihak individu pada hari ini tidak lagi dibenarkan untuk memohon lesen untuk memulakan operasi institusi pendidikan swasta. Sebaliknya, ianya hanya boleh dilakukan oleh syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Keputusan untuk membatalkan lesen adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjaga kualiti pendidikan tinggi dan hanya mengetengahkan institusi yang berwibawa tinggi kepada para pelajar. Tambahan, bilangan IPTS yang makin bercambah di negara ini memerlukan praktik audit yang kemas dan berkesan bagi memastikan kualiti pendidikan sentiasa dipantau.

Selain daripada itu, langkah tersebut dilihat bakal meningkatkan daya saing di antara Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) antara satu sama lain.

Pada masa ini, bilangan IPTS yang berdaftar dengan kementerian sudah mencecah lebih daripada 500 buah. Menurut Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, bilangan tersebut sudah memadai tetapi dari segi kualiti, banyak aspek yang perlu ditingkatkan dan setiap institusi pengajian bertanggungjawab untuk memastikan pendidikan yang diterima oleh pelajar adalah benar benar berkualiti.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

Leave a Reply