220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru

August 10, 2009 · Kategori: Kerjaya 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merasmikan Zon Ekonomi Istimewa (Special Economic Zone) pada minggu lepas, yang dijangka bakal menyediakan lebih 200,000 jawatan kosong menjelang tahun 2020.

Jumlah yang dinyatakan dikatakan bakal mengatasi bilangan pekerjaan yang ditawarkan oleh satu lagi zon ekonomi berhampiran, iaitu Zon Ekonomi Timur (ECER) yang kebetulan akan mengambil kawasan bersebelahan.

Zon Ekonomi Istimewa merentasi kawasan seluas hampir 4,000 kilometer persegi dari kawasan pemprosesan petroleum dan gas, Kerteh sehingga ke Gambang dan Pekan di Pahang.

Antara projek besar yang telah dikenalpasti adalah penaiktarafan pelabuhan Kuantan yang akan menyaksikan peningkatan kapasiti dari 17 juta metrik tan kepada 30 metrik tan pada tahun 2020. Projek penaiktarafan ini dijangka membolehkan pelabuhan Kuantan menjadi antara laluan masuk dan keluar yang paling penting bagi bisnes import dan eksport di masa akan datang.

Antara jawatan yang bakal ditawarkan menerusi Zon Ekonomi Istimewa termasuklah jualan dan pemasaran, pentadbiran, teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan, akaun dan kewangan, logistik dan pengangkutan, hubungan antarabangsa dan lainl lain.

Maaf, tiada post lain yang setara.

Comments

2 Responses to “220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru”

  1. MOHD KHAIRULNEZAM B.AMIR on August 12th, 2009 2:46 pm

    i was prepared for all jobs in any fild. excpecially in managment.

  2. zabedah binti abd hamid on May 4th, 2010 7:51 pm

    saya mempunyai ijazah sajana muda dari upm serdang, dan kini masih lagi mengangur kerana gagal mendapatkan kerja atas alasan tidak mempunyai pengalaman yang dikehendaki oleh sesebuah syarikat.

Leave a Reply