Pengambilan Graduan Untuk ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menawarkan peluang kerjaya kepada graduan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang diperuntukkan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Sebagai syarat kelayakan am, calon calon hendaklah berumur tidak lebih dari 27 tahun (untuk jawatan Senarai Tugas Am) dan tidak lebih 29 tahun (untuk jawatan Senarai Tugas Ikhtisas).
Syarat syarat fizikal pula adalah seperti berikut:
- Tinggi min 1.57m (lelaki), 1.47m (wanita)
- Berat min 47.5 (lelaki), 40.5kg (wanita)
- Ukuran dada min (lelaki sahaja) 76cm
- Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9
Dari segi taraf kesihatan, bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan min penglihatan tanpa kaca adalah 6/12 serta lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dari segi akademik pula, calon hendaklah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) atau Diploma dalam salah satu daripada bidang bidang yang berikut: Kejuruteraan Elektrikal/Elektronik, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kejuruteraan Awam, Senibina, Undang undang, Kejuruteraan Marin, Pengurusan Logistik dan Kejuruteraan Kimia. Semua calon perlu mendapatkan salinan pengiktirafan JPA untuk mengesahkan status kelayakan akademik.
Calon calon yang berjaya akan diberikan gaji yang juga datang dengan beberapa imbuhan dan elaun yang menarik seperti elaun perumahan, tuntutan pakaian istiadat, imbuhan tetap khidmat tentera, bayaran insentif Semenanjung & Malaysia Timur, rawatan perubatan, elaun bantuan sara hidup (COLA) dan lain lain lagi.
Untuk memohon, semua calon perlu mendaftar dengan laman www.JobsMalaysia.gov.my.
Kerjaya Bersama UMK, Kelantan
Universiti Malaysia Kelantan atau UMK telah ditubuhkan sebagai institusi pendidikan tertiari yang kesembilan belas di negara ini, dimana rangkaan penubuhannya termaktub dalam rancangan malaysia ke-9 (RMK9). UMK menitikberatkan beberapa aspek pendidikan teras yang penting termasuklah keusahawanan, teknologi kreatif, agro-industri dan sains sumber asli.
Universiti Malaysia Kelantan kini menjemput calon calon berwibawa dan berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan kosong di institusi tersebut seperti yang berikut:
1. Pensyarah/Profesor Madya/Profesor
2. Guru Bahasa
3. Tutor
Bidang pengkhususan yang memerlukan tenaga pekerja terdiri daripada Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Matematik Perniagaan, Sains Pemakanan, Sukan & Rekreasi, Logistik & Pengedaran, Ekonomi, Pemasaran, Undang Undang Perniagaan dll), Agro-Industri & Sumber Asli (Bio-Kimia, Sains Kimia, Sains Haiwan, Minerologi, Akuakultur dll) dan Pusat Pengajian Bahasa (Inggeris, Mandarin, Psikologi, Bahasa Arab, Hubungan Etnik dll).
Setiap jawatan datang dengan gred tersendiri dan oleh itu memerlukan kelayakan serta syarat syarat yang sesuai berdasarkan kepada jawatan yang dipohon. Pemohon hendaklah memastikan setiap jawatan yang dipohon adalah sesuai dengan minat, kelayakan akademik serta pengalaman kerja masing masing.
Untuk melihat syarat syarat penuh serta cara memohon, klik di sini. Tarikh tutup permohonan jawatan kosong adalah terbuka.


