300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia

August 17, 2009 · Filed Under Kerjaya · 2 Comments 

Seramai lebih 300,000 orang telah berdaftar dengan JobsMalaysia, laman web pekerjaan yang dibina atas inisiatif kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia. Ia satu petanda meningkatnya populariti portal tersebut sebagai platform yang memadankan pekerja dan majikan di negara ini.

Jumlah majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dari pelbagai bidang dan kemahiran juga bertambah sehingga melepasi 60,000 majikan sehingga kini. JobsMalaysia menawarkan peluang pekerjaan dari kedua dua sektor kerajaan dan juga swasta.

Menurut statistik terbaru, sehingga kini, seramai 307,214 telah mendaftar dan mempunyai akaun dengan laman web tersebut. Daripada jumlah yang disebut, kira kira 30% terdiri daripada graduan yang baru menamatkan pengajian. Terdapat juga mereka yang sedang bekerja serta mereka yang baru baru ini hilang pekerjaan kerana kegawatan ekonomi.

Masih ramai dari golongan mereka yang telah bekerja yang masih aktif dalam laman JobsMalaysia dalam usaha mencari jawatan atau kerjaya lain yang lebih sesuai dengan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan juga minat masing masing.

Mereka yang masih belum mendaftar dengan JobsMalaysia digesa untuk mengikuti langkah ini dengan membuat pendaftaran sebagai pengguna.