Pengambilan Graduan Untuk ATM

August 7, 2009 · Filed Under Kerjaya · 7 Comments 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menawarkan peluang kerjaya kepada graduan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang diperuntukkan dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Sebagai syarat kelayakan am, calon calon hendaklah berumur tidak lebih dari 27 tahun (untuk jawatan Senarai Tugas Am) dan tidak lebih 29 tahun (untuk jawatan Senarai Tugas Ikhtisas).

Syarat syarat fizikal pula adalah seperti berikut:

  1. Tinggi min 1.57m (lelaki), 1.47m (wanita)
  2. Berat min 47.5 (lelaki), 40.5kg (wanita)
  3. Ukuran dada min (lelaki sahaja) 76cm
  4. Body Mass Index (BMI) 17.9 hingga 26.9

Dari segi taraf kesihatan, bagi mereka yang berkaca mata, keupayaan min penglihatan tanpa kaca adalah 6/12 serta lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dari segi akademik pula, calon hendaklah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) atau Diploma dalam salah satu daripada bidang bidang yang berikut: Kejuruteraan Elektrikal/Elektronik, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kejuruteraan Awam, Senibina, Undang undang, Kejuruteraan Marin, Pengurusan Logistik dan Kejuruteraan Kimia.  Semua calon perlu mendapatkan salinan pengiktirafan JPA untuk mengesahkan status kelayakan akademik.

Calon calon yang berjaya akan diberikan gaji yang juga datang dengan beberapa imbuhan dan elaun yang menarik seperti elaun perumahan, tuntutan pakaian istiadat, imbuhan tetap khidmat tentera, bayaran insentif Semenanjung & Malaysia Timur, rawatan perubatan, elaun bantuan sara hidup (COLA) dan lain lain lagi.

Untuk memohon, semua calon perlu mendaftar dengan laman www.JobsMalaysia.gov.my.