ASB Bukan Pelaburan Paling Menguntungkan

August 26, 2009 · Filed Under Menarik · Comment 

Kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan. Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung…

Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa selain daripada ASB, ada lagi pelaburan lain yang lebih membawa keuntungan. Malah, ia juga selamat.

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya. Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah jauh lebih TINGGI dan berlipat ganda?

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang internet marketer, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di sini.

300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia

August 17, 2009 · Filed Under Kerjaya · Comment 

Seramai lebih 300,000 orang telah berdaftar dengan JobsMalaysia, laman web pekerjaan yang dibina atas inisiatif kerajaan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia. Ia satu petanda meningkatnya populariti portal tersebut sebagai platform yang memadankan pekerja dan majikan di negara ini.

Jumlah majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dari pelbagai bidang dan kemahiran juga bertambah sehingga melepasi 60,000 majikan sehingga kini. JobsMalaysia menawarkan peluang pekerjaan dari kedua dua sektor kerajaan dan juga swasta.

Menurut statistik terbaru, sehingga kini, seramai 307,214 telah mendaftar dan mempunyai akaun dengan laman web tersebut. Daripada jumlah yang disebut, kira kira 30% terdiri daripada graduan yang baru menamatkan pengajian. Terdapat juga mereka yang sedang bekerja serta mereka yang baru baru ini hilang pekerjaan kerana kegawatan ekonomi.

Masih ramai dari golongan mereka yang telah bekerja yang masih aktif dalam laman JobsMalaysia dalam usaha mencari jawatan atau kerjaya lain yang lebih sesuai dengan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan juga minat masing masing.

Mereka yang masih belum mendaftar dengan JobsMalaysia digesa untuk mengikuti langkah ini dengan membuat pendaftaran sebagai pengguna.

220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru

August 10, 2009 · Filed Under Kerjaya · 2 Comments 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merasmikan Zon Ekonomi Istimewa (Special Economic Zone) pada minggu lepas, yang dijangka bakal menyediakan lebih 200,000 jawatan kosong menjelang tahun 2020.

Jumlah yang dinyatakan dikatakan bakal mengatasi bilangan pekerjaan yang ditawarkan oleh satu lagi zon ekonomi berhampiran, iaitu Zon Ekonomi Timur (ECER) yang kebetulan akan mengambil kawasan bersebelahan.

Zon Ekonomi Istimewa merentasi kawasan seluas hampir 4,000 kilometer persegi dari kawasan pemprosesan petroleum dan gas, Kerteh sehingga ke Gambang dan Pekan di Pahang.

Antara projek besar yang telah dikenalpasti adalah penaiktarafan pelabuhan Kuantan yang akan menyaksikan peningkatan kapasiti dari 17 juta metrik tan kepada 30 metrik tan pada tahun 2020. Projek penaiktarafan ini dijangka membolehkan pelabuhan Kuantan menjadi antara laluan masuk dan keluar yang paling penting bagi bisnes import dan eksport di masa akan datang.

Antara jawatan yang bakal ditawarkan menerusi Zon Ekonomi Istimewa termasuklah jualan dan pemasaran, pentadbiran, teknologi, teknologi maklumat, kejuruteraan, akaun dan kewangan, logistik dan pengangkutan, hubungan antarabangsa dan lainl lain.

Next Page »