Peluang Kerjaya di RISDA

July 14, 2009 · Filed Under Kerjaya · 12 Comments 

RISDA kini menawarkan beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh calon calon yang berkelayakan. Sebagai syarat am, semua calon yang bercadang untuk membuat permohonan dan menghantar borang hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas sewaktu membuat permohonan.

Antara senarai jawatan kosong yang ditawarkan adalah Pembantu Juruteknik, Jurutera, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Tadbir, Akauntan, Pembantu Undang Undang, Pembantu Pegawai Tadbir dan juga jawatan sokongan yang lain. Peluang kekosongan ini dibuka kepada mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam membina kerjaya dengan badan sokongan kerajaan atau badan berkanun.

Bergantung kepada gred jawatan, syarat syarat berbeza dari segi pengalaman dan kemahiran, kelayakan akademik dan setiap jawatan datang dengan gred gaji yang telah ditentukan.

Klik untuk melihat secara penuh senarai jawatan kosong dan syarat syarat, dan untuk cara cara memohon jawatan yang disebutkan.

Kerja Kerajaan Popular

July 14, 2009 · Filed Under Kerjaya · 1 Comment 

Kerja kerajaan ternyata popular apabila sesi temuduga terbuka yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran pada bulan Mei yang lalu dihujani oleh lebih berpuluh puluh calon pekerja.

Kementerian tersebut membuka peluang kerjaya untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan termasuk tenaga pengajar, tutor, pembantu teknologi maklumat serta jawatan jawatan sokongan yang lain.

Beribu ribu calon yang terdiri daripada graduan dan penganggur berpusu pusu menghadiri pusat temuduga seawal jam 6 pagi, walaupun acara hanya bermula selepas pukul 8 pagi. Keadaan semakin berasak asak bermula jam 9 pagi apabila calon calon lain mula muncul dan membanjiri pusat temuduga.

Di Alor Setar, sesi yang diadakan di Jabatan Pelajaran Kedah di Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah, dihadiri oleh lebih 5,000 pencari kerja. Manakala satu lagi sesi yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presinct 18 (1), Putrajaya pula diserbu oleh lebih 20,000 calon.

Sejak pengumuman kerajaan mengenai kenaikan gaji dan juga imbuhan imbuhan lain untuk kakitangan awam , jawatan jawatan kerajaan mula mendapat tempat di hati pencari kerja berdasarkan kelebihan dari segi gaji dan juga faedah faedah lain seperti pencen, kemudahan pinjaman, perubatan dan lain lain. Malah, populariti kerja kerajaan semakin meningkat naik sehingga mereka yang bekerja dalam sektor swasta pun berminat untuk bertukar kerjaya dan juga sektor pekerjaan.