3,000 Jawatan Kerajaan Untuk Graduan IT
Graduan dalam bidang IT mendapat sedikit khabar gembira apabila 3,000 jawatan kosong dalam kerajaan bakal diwujudkan buat mereka dalam masa terdekat. Ini adalah untuk membolehkan perlaksanaan penuh projek SchoolNet, yang bakal membuka peluang jawatan fasilitator kepada mereka yang berminat.
Fasilitator ini bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada guru dan juga pelajar dalam sektor teknologi maklumat, dan penggunaan internet.
Walaupun gaji yang bakal ditawarkan sebagai fasilitator ini hanya berjumlah RM1,000 sebulan, sedikit sebanyak graduan yang kini berdepan dengan kemelesetan ekonomi mempunyai pilihan yang jauh lebih baik daripada terus menganggur. Setidak tidaknya dengan memegang sebarang jawatan, mereka boleh mengasah kemahiran serta mendapat skil skil baru sebelum mendapat kerja lain.
Graduan dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja dalam waktu waktu yang tidak menentu ini untuk mengelakkan mereka terus terpinggir dalam alam pekerjaan.
Program SchoolNet bertujuan untuk menyediakan kemudahan internet jalur lebar kepada sekolah sekolah di seluruh Malaysia, dan dijangka akan dinikmati sehingga 10,000 sekolah dalam beberapa tahun akan datang. Buat masa ini, SchoolNet telah berjaya dilancarkan di sekolah sekolah bistari dan juga di cluster schools.
Program fasilitasi ini akan bermula pada bulan Jun 2009, dan pemilihan calon akan dilakukan oleh beberapa pihak kerajaan, yang akan bermula mengiklankan kekosongan jawatan dalam masa yang terdekat.
10 Universiti Terbaik di Asia
Berikut adalah senarai 10 universiti terbaik di Asia untuk tahun 2008/2009, seperti yang telah diterbitkan oleh majalah talian US News & World Report:
1. University of Tokyo, Jepun
Walaupun mempunyai jumlah bilangan pelajar yang besar, iaitu kira kira 30,000, ia tidak menjadi masalah buat University of Tokyo untuk mencapai dan mengekalkan statusnya sebagai universiti terbaik di Asia untuk beberapa tahun. Sejarah universiti ini telah bermula lama sejak lebih seratus tahun dan telah melalui pelbagai fasa perubahan sehingga ke hari ini.
2. Kyoto University, Jepun

Sebuah lagi universiti dari Jepun, iaitu Kyoto University menghuni tangga kedua senarai. Seperti juga University of Tokyo, institusi ini juga telah lama bertapak di negara matahari terbit ini. Sebelum ini, Kyoto University tersenarai dalam kumpulan 7 universiti elit khas yang dipanggil Imperial Universities of Japan. Pada tahun 2007, Times Higher Education dari United Kingdom menyenaraikan Kyoto University sebagai universiti ketiga terbaik di Asia di belakang University of Tokyo dan University of Hong Kong.
Contoh Surat Perletakan Jawatan
Contoh surat perletakan jawatan untuk panduan:
Pengurus
Jabatan Sumber Manusia
Indah Wangi Corporation
15 Jalan Simpang Siur
Kuala Lumpur
Tarikh:
Tuan/Puan,
Perkara: Notis Perletakan Jawatan
Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai pemberitahuan notis perletakan jawatan saya sebagai Eksekutif Pemasaran di syarikat Indah Wangi Corporation Sdn Bhd.
Sehubungan dengan itu juga, saya akan menunaikan tanggungjawab untuk menghabiskan tempoh notis sebulan sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian surat tawaran kerja kepada saya.
Saya berterima kasih kepada pihak tuan/puan di atas segala sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Jika terdapat keperluan untuk saya berhubungan dengan mana mana pekerja bagi melicinkan peralihan kerja dan tanggungjawab yang digalas, saya mengalu alukan pihak tuan/puan untuk memberitahu saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………
Ali bin Abu


