Program Latihan INSTEP Petronas 2008
Institut Teknologi Petronas, INSTEP, adalah sebuah institusi latihan dan pendidikan yang ditubuhkan oleh syarikat minyak nasional, Petronas. Ia mempunyai kampus utama di Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu. Tujuan utama penubuhan institusi ini adalah untuk melatih dan meningkatkan tahap kemahiran pekerja dalam industri minyak dan gas.
Struktur Baru Gaji Guru
Kerajaan bakal menimbangkan cadangan penstrukturan semula gaji untuk guru di Malaysia yang akan memberi penekanan kepada kelayakan akademik guru tersebut.
Ini bermakna, bakal guru yang mempunyai kelulusan ijazah akan diberi gaji yang lebih tinggi berbanding daripada mereka yang mempunyai diploma. Begitu juga guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka sewaktu sedang bertugas, di mana gaji yang lebih tinggi bakal menanti mereka setelah mereka menamatkan pelajaran.
Lehman Brothers Diisytihar Bankrap
Syarikat kewangan terkenal di dunia, Lehman Brothers telah memfailkan tuntutan perlindungan bankrap setelah kegagalan syarikat tersebut mendapatkan bantuan pelabur yang boleh menyelamatkan firma itu yang terumbang ambing beberapa bulan kebelakangan ini. Ia juga mencatat sejarah sebagai saiz bankrap terbesar dalam sejarah ekonomi Amerika Syarikat.


