Biasiswa Kecemerlangan Daripada Maxis

September 28, 2008 · Filed Under Biasiswa · 5 Comments 

Sejak tahun 2004, Maxis memperkenalkan biasiswa yang diberi nama Maxis Scholarship for Excellence untuk menaja pelajar yang menonjolkan prestasi akademik yang memberangsangkan bagi meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana (postgraduate). Peluang biasiswa ini dibuka sekali lagi untuk permohonan bagi sesi 2008/2009.

Berbeza dengan tahun tahun yang sebelum ini, pemberian biasiswa Maxis pada tahun 2008 ini tidak lagi hanya terbuka kepada pelajar dalam bidang sarjana, tetapi juga bagi mereka yang bakal meneruskan ijazah sarjana muda (undergraduate). Perubahan ini dilakukan untuk memberi ruang kepada lebih ramai pelajar berpotensi mendapatkan bantuan pinjaman dan merealisasikan impian mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Read more

5 Sebab Resume Anda Ditolak Majikan

September 26, 2008 · Filed Under Kerjaya · Comment 

4 sebab mengapa resume anda ditolak oleh majikan, menyebabkan peluang anda untuk menghadiri temuduga hancur berkecai:

1. Kelulusan dan pengalaman

Kelulusan dan pengalaman anda tidak menepati ciri ciri yang diingini oleh majikan. Ada yang berkelulusan ijazah tetapi memohon jawatan sebagai kerani. Ada yang berlatar belakangkan jurusan akaun tetapi menghantar resume untuk jawatan juruteknik. Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku.

Pertama, calon risau kerana setelah 3 bulan mencari kerja, hasilnya masih belum belum dapat.  Mereka jadi termanggu manggu, kelu dan bibit bibit pupus asa mula berputik. Daripada bertanya dan berusaha mendapatkan maklum balas mengenai strategi mencari kerja, mereka membuat keputusan untuk hentam semborono dan main tembak sebarangan. Bagi mereka, lagi banyak resume yang dihantar, lagi cerahlah peluang untuk salah satunya mengena.  Itulah teori mereka. Selalunya,  mereka akan menyedari di kemudian hari bahawa keadaan yang lebih buruk yang akan berlaku.

Read more

Bisnes Cupcake Yang Menguntungkan

September 25, 2008 · Filed Under Perniagaan · 4 Comments 

Bisnes cupcake boleh menjadi bisnes yang menguntungkan, walaupun dilakukan secara sambilan sahaja. Itulah yang dibuktikan oleh pasangan adik beradik, Seri Ervienawati (Inn) dan kakaknya Seri Emelliawaty (Eon) yang kini mengusahakan perniagaan membuat cupcake (kek cawan) dengan pusat operasi di Hulu Kelang, Selangor.

Semua ini dicapai tatkala kedua duanya sibuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan sepenuh masa dan juga pelajaran. Eon merupakan seorang penasihat undang undang kepada sebuah syarikat francais, manakala adiknya Inn melanjutkan pelajaran dalam sebuah institusi pengajian tinggi.

Aktiviti yang bermula secara suka suka kini menjadi sebuah bisnes yang serius, dan semakin hari perniagaan mereka semakin berkembang dengan tempahan kek yang datang mencurah curah. Populariti yang tidak henti henti itu akhirnya membawa kedua dua usahawan ini ke wawancara dengan akhbar ternama, The Star.

Percaya atau tidak, sebelum berkecimpung dalam bisness pembuatan cupcake tersebut, Inn tidak pernah berpengalaman membakar kek sebelum ini. Usaha pertamanya menghasilkan cupcake adalah sekadar untuk dikongsikan bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang terdekat.

Dia sendiri terkejut dengan respon yang diberikan oleh ahli keluarga yang memuji masakannya dan ini mendorong kedua dua beradik tersebut untuk mengusahakan bisnes membuat kek secara serius. Bermula dengan rakan rakan sekerja dan jiran jiran sebagai pelanggan pertama, kini, mereka sibuk memenuhi permintaan untuk pelbagai acara termasuk sambutan hari jadi, perjumpaan, hari ulang tahun, Valentine dan sebagainya.

Inn dan Eon menjadi contoh kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawan tetapi menghadapi masalah kekangan kewangan. Segala yang kita impikan itu sebenarnya boleh menjadi kenyataan jika kita pandai mengintai peluang dan menyusun strategi terbaik bagi memajukan sebuah perniagaan kecil.

Imej: The Star

Next Page »