Biasiswa Yayasan Sime Darby
Yayasan Sime Darby membuka peluang kepada warganegara Malaysia untuk memohon tajaan Biasiswa Yayasan Sime Darby. Permohonan dibuka kepada pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-university atau A-Level yang bermula pada bulan Januari 2008. Tajaan biasiswa akan meliputi yuran penuh akademik/semester, elaun sara hidup, buku buku dan alatan pelajaran yang lain.
Antara bidang pelajaran yang boleh mendapat tajaan biasiswa Sime Darby adalah:
- Kejuruteraan – Kejuruteraan Elektrik, Sivil, Mekanikal, Kimia dan Komputer
- Bisnes – Akaun, Ekonomi, Business Administration, Sains Komputer dan Komunikasi
- Sains – Bioteknologi, Perhutanan, Teknologi Penanaman dan Ternakan, Teknologi Makanan dan Perladangan
Syarat syarat permohonan biasiswa Yayasan Sime Darby:
- Calon hendaklah mendapat sekurang kurangnya 7A1 dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan dan akademik semasa
- Mesti fasih berbahasa dalam Bahasa Inggeris (English)
- Menunjukkan sifat sifat kepemimpinan (leadership) yang tinggi
- Aktif melibatkan diri dalam kegiatan kurikulum luar dan memberikan impak kepada masyarakat
Calon yang berjaya menerima biasiswa pra-universiti juga akan diberi keutamaan dalam pemilihan pemberian biasiswa lanjutan kepada mereka yang bakal menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda. Tarikh tutup permohonan adalah 19 November 2007.
Klik di sini untuk memohon biasiswa Yayasan Sime Darby secara online.


