Jawatan Kosong di Bank Negara
Bank Negara Malaysia kini membuka peluang pekerjaan kepada calon yang berminat untuk berkhidmat dengan Bank Negara di samaada di pejabat utama (HQ) di Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur dan beberapa pejabat lain di Shah Alam, Selangor dan juga Kuching, Sarawak.
Antara bidang pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti Pembangunan Organisasi (Organizational Development), Ekonomi (Economics), Penyeliaan (Supervision) dan beberapa jawatan lain seperti Pegawai Penyelanggaraan (Maintenance Officer), Pegawai Eksekutif (Executive Officer) dan Pembantu Peribadi (Personal Assitant).
Untuk maklumat lanjut rujuk senarai Jawatan Kosong di Bank Negara oleh SKOR Career.
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir: UiTM
Institusi Perkembangan Pendidikan (InED) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuka tawaran jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Gred N17). Calon yang ingin memohon hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Calon perlu mempunyai sekurang kurangnya kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Perancang Wilayah Bandar serta Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mereka yang mempunyai Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar juga akan dipertimbangkan permohonannya. Gaji permulaan adalah antara RM820.38 sehingga RM2151.35.
Pemohon juga perlu mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan komputer/dan mengambil trengkas.
Syarat syarat lain:
1. Pemohon yang kini sedang berkhidmat dengan jabatan kerajaan/am hendaklah melalui ketua jabatan.
2. Setiap permohonan hendaklah disertai dengan salinan sijil sijil yang disahkan.
3. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon pemohon yang tidak berjaya setelah 3 bulan perlu menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan yang lengkap diisi (borang boleh dilawati di laman web rasmi UITM) perlu dikembalikan ke alamat seperti berikut:
Pejabat Pengarah
Institusi Perkembangan Pendidikan (InED)
Universiti Teknologi MARA, UITM
DW3, Intekma Resort & Convention Center
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7
40000 Shah Alam Selangor
Panduan Kemasukan Ke MRSM 2008
Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka tawaran kepada pelajar tahun 6 yang mengambil UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pada tahun 2007 untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sesi 2008 (bagi yang bersekolah di Semenanjung sahaja).
Tawaran kemasukan dibuka kepada Bumiputra Tahun Enam atau Bukan Bumiputra Tahun Enam yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan. Semua pemohon hendaklah memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.
Untuk memohon, pemohon (atau ibu bapa) hendaklah datang sendiri ke Pejabat MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang rasmi permohonan. Setiap pemohon dikehendaki mengemukakan salinan surat beranak serta salinan keputusan UPSR 2007 yang telah disahkan. Setiap borang berharga RM5 dan bayaran boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tarikh tutup jualan borang adalah 10 hari bekerja selepas keputusan UPSR diumumkan.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Hanya permohonan lengkap sahaja yang diproses. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum, kepimpinan, sukan, kelab dan persatuan. Mereka yang berasal daripada golongan berpendapatan rendah juga bakal diberi keutamaan. Mereka yang sudah ditawarkan kemasukan ke Sekolah Berasraman Penuh (SBP) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Jika tiada jawapan daripada pihak MARA pada 30 April 2008, ini bermakna permohonan anda tidak berjaya.

