Rancangan Perniagaan – Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan
Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)
Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.
Antara kegunaan rancangan perniagaan:
- Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
- Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
- Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
- Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap
Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan
Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:
1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.
2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis
Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.
3. Pengenalan
Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.
4. Tujuan Penyediaan RP
Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?
6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham
Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.
7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi
Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.
8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat – adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?
Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?
10. Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.
Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).
Anda juga boleh memuat turun contoh Rancangan Perniagaan di sini.
Jawatan Kosong di MPOB
Malaysia Palm Oil Board (MPOB) memainkan peranan utama dalam membangunkan teknologi teknologi baru yang mengembangkan lagi industri kelapa sawit di Malaysia. Ia adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dalam memastikan kecemerlangan bidang penanaman terutamanya kelapa sawit. MPOB menyedia dan mempromosi kajian saintifik dan sokongan teknologi menerusi program Research & Development (R&D) yang intensif. Sehingga kini lebih 300 teknologi baru telah diperkenal dan dikembangkan dalam industri penanaman kelapa sawit.
MPOB kini mempelawa calon calon yang berminat untuk mengisi kekosongan kerja dan jawatan di MPOB dengan membuat permohonan secara online. Antara jawatan jawatan kosong terkini yang ditawarkan adalah:
A. JAWATAN PEGAWAI PENYELIDIK
Calon calon yang berminat hendaklah mempunyai Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang sains dan teknologi serta yang berkaitan melalui institusi institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan. Antara bidang bidang dan pengkususan adalah:
1. Integrasi Tanaman dan Ternakan – pengkhususan dalam bidang Sains Haiwan & Sains Pertanian. Calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.
2. Pengembangan & Latihan – Pengkhususan dalam bidang Pertanian, Pengurusan Ladang dan Bio-Industri. Keutamaan akan diberi kepada calon pekerja yang mempunyai pendedahan dan pengalaman kerja di agensi atau estet yang berkaitan dengan sawit.
Potensi Perniagaan Penternakan Kambing Boer
Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar
Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.
Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.
Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.
Ciri ciri kambing boer:
- Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
- Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
- Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
- Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
- Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca
Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.


