Skim PROSPER Siswazah dari PUNB
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, PUNB ditubuhkan dengan fokus untuk membangunkan usahawan dalam perniagaan strategik serta perniagaan yang mempunyai potensi tinggi untuk diketengah dan diperkembangkan di peringkat nasional dan juga global. PUNB ditubuhkan pada tahun 1991 dan dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang merupakan badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu bumiputera.
PUNB komited untuk membantu golongan Bumiputera berjaya sebagai usahawan dengan memberi mereka asas keperluan perniagaan serta kebolehan untuk bersaing, berdaya tahan, rajin dan kemampuan untuk berkembang. Atas semangat yang sama, PUNB menggalakkan pihak pengurusan pengurusan dan warga kerja nya untuk seiring dengan hasrat ini; bersikap positif, maju dan dinamik, berpegang kepada integriti, amanah dan kejujuran.
Pinjaman Perniagaan MARA - Soalan Lazim
Berikut adalah soalan soalan lazim bagi mereka yang berminat/atau telah mendapatkan pinjaman perniagaan dari MARA (Majlis Amanah Rakyat):
1. Soalan: Bagi seseorang peminjam sumber kewangan perniagaan dari MARA, bolehkah dilakukan pertukaran penjamin dan digantikan dengan penjamin yang lain pada kelayakan yang sama?
Jawapan: Ya, pertukaran penjamin boleh dilakukan tetapi syarat syarat berikut hendaklah dipatuhi:
- Penjamin baru mempunyai kelayakan yang sama dengan penjamin yang lama
- Persetujuan telah diperolehi daripada penjamin yang lama untuk bertukar kepada penjamin yang baru
- Pembiayaan pinjaman tersebut masih belum diambil tindakan penguatkuasaan oleh pihak MARA
- Permohonan pertukaran penjamin adalah sah setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan Perniagaan Peringkat Negeri/Bahagian/Ibu Pejabat/Tertinggi (mengikut amaun yang dipohon/diluluskan)
2. Soalan: Adakah MARA mempertimbangkan penjadualan semula bayaran balik pinjaman/penjamin/pencagar?
Jawapan: Ya, MARA mempertimbangkan penjadualan pembayaran semula pinjaman setelah dirujuk terlebih dahulu dengan Pejabat MARA peringkat negeri berkenaa. Peminjam/pembayar pinjaman hendaklah mengemukakan nombor rancangusaha semasa berurusan.
3. Soalan: Bagaimanakah syarat pinjaman untuk kontraktor kelas F?
Jawapan:
Kelayakan Pemohon :-
- Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
- Telah menjalankan perniagaan
- Berusia 18 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan/hendak ditubuhkan.
- Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 20% daripada kos projek
- Melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh
- Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut termasuk mempunyai lesen PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan
Mengemukakan cagaran/jaminan (salah satu) :-
Cagaran :-
- Tanah - Nilai paksaan tanah tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan. Tanah boleh milik sendiri atau milik keluarga/orang lain (perlu mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu)
Penjamin
A. Pembiayaan Kurang RM50,000
- 1 orang penjamin
- Pendapatan tetap bulanan tidak kurang RM500 sebulan
B. Pembiayaan RM50,001 dan ke atas
- Sekurang-kurangnya 2 orang penjamin
- Pendapatan tetap bulanan mereka tidak kurang daripada 5% daripada jumlah pembiayaan.
Bayaran Balik
Mengikut jangkamasa tempoh kontrak + 6 bulan
Permohonan boleh dibuat melalui pejabat MARA Daerah di mana projek kontrak tersebut dijalankan. Sebarang maklumat lanjut, sdr boleh melayari laman web MARA di alamat www.mara.gov.my atau pejabat MARA Daerah yang berhampiran.
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, MEDEC atau Malaysian Entrepreneurship Development Center ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1975 dengan tujuan utama melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera di Malaysia. Secara khususnya, ia diwujudkan untuk membentuk pelan rancangan dan program keusahawan seperti latihan, kajian dan konsultansi.
Kini, MEDEC telah berkembang sebagai sebuah badan yang menjadi pusat latihan keusahawan dan pendidikan di Malaysia. MEDEC juga dalam usaha mengembangkan lagi sayap peranannya untuk membentuk kursus dan latihan untuk para graduan di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran. Falsafah utama MEDEC adalah kepercayaan kepada kebolehan untuk melahirkan para usahawan melalui pendidikan dan latihan yang kukuh dari segi ilmu, kemahiran dan motivasi. MEDEC bergabung tenaga dengan badan badan berkanun kerajaan yang lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank dan sebagainya dalam usaha untuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada usahawan.
Objektif utama penubuhan MEDEC:
- Mendidik bakal usahawan dan menjadikan keusahawanan melalui pembelajaran dan latihan
- Melahirkan usahawan yang berilmu serta berkempampuan untuk bersaing di peringkat tempatan dan juga global (antara bangsa)
- Membantu usahawan membentuk perniagaan dan syarikat yang mantap serta mampu memperkembangkan lagi perniagaan mereka?
Antara strategi yang diatur untuk membentuk dan melahirkan usahawan adalah seperti berikut:
- Menerapkan nilai nilai keusahawanan di kalangan pelajar dalam usaha untuk membentuk usahawan berilmu dan lengkap dengan kemahiran teknologi terkini menerusi program program akademik dan latihan
- Mempertingkatkan kebolehan dan daya saing usahawan/bakal usahawan menerusi program pembangunan usahawan
- Membantu usahawan usahawan baru membina perniagaan yang baru, serta memperkembangkannya menerusi khidmat nasihat konsultansi yang berterusan
MEDEC boleh dihubungi menerusi maklumat perhubugan seperti berikut:
Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC)
Block 13, Intekma Resort and Convention Centre UiTM
Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor
By phone: 03-55153275/76/78/80/81
By fax: 03-55153284
By e-mail: medec@salam.edu.uitm.my, info@medec.com.my
Website: http://www.medec.com.my

