PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)

September 9, 2007 · Filed Under Biasiswa · 31 Comments 

PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk secara fokusnya memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

PTPTN juga berfungsi untuk mentadbir pembayaran semula pembiayaan dan pinjaman pelajaran. Kemudahan pinjaman PTPTN memberi ruang subsidi kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk menaja sendiri yuran peperiksaan serta kos sara hidup di IPT.

Syarat Syarat Pinjaman

Untuk membolehkan anda layak menerima pinjaman dari tabung PTPTN, syarat syarat di bawah hendaklah dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pelajar sepenuh masa peringkat Ijazah dan Diploma
  • Tidak mempunyai penganjur serta tidak menerima pembiayaan dari institusi lain
  • Pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil, Pra dan Matrikulasi tidak layak memohon

Bagaimana Memohon?

Mulai 15 Jun 2007, PTPTN akan melaksanakan kaedah permohonan pinjaman online bagi menggantikan permohonan menggunakan Borang OMR untuk semua pelajar bagi peringkat pengajian berikut:

  • Diploma di IPTA, IPTS dan Politeknik
  • Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS
  • Ijazah Sarjana, Ph.D dan Profesional di IPTA
  • Kursus Separuh Masa, Jarak Jauh dan seumpamanya di IPTA

Permohonan pinjaman boleh dilakukan dengan melayari laman web e-Pinjaman PTPTN

Pinjaman Kedua

Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian yang terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pinjaman kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah hutang terdahulu diselesaikan.

Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian yang terdahulu boleh memohon pinjaman untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan bagi pinjaman kedua akan dibuat sekiranya peruntukan mencukupi.

Bayaran Balik Pinjaman

Tempoh pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:

  • RM10,000 dan ke bawah – 60 bulan
  • RM10,001 hingga RM22,000 – 120 bulan
  • RM22,001 hingga RM50,000 – 180 bulan
  • RM50,001 ke atas – 240 bulan

Sebelum Disember 2003, penerima pinjaman perlu membayar kos pentadbiran sebanyak 4% setahun tetapi bermula Januari 2004 kos pentadbiran diturunkan kepada 3%. Kos ini akan dikira setelah 6 bulan tamatnya pengajian pelajar yang menerima tajaan. Bagi yang inginkan penangguhan pembayaran kepada PTPTN, penangguhan boleh dipertimbangkan kepada mereka yang gagal dalam mendapatkan pekerjaan dengan menulis surat rasmi kepada PTPTN. Walaubagaimanapun, dalam proses penangguhan ini, kos pentadbiran akan berjalan seperti biasa.

Pengecualian Pembayaran Semula

Pengecualian daripada membayar balik pinjaman hanya boleh dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat kelulusan Kelas Pertama Peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kelulusan pinjaman sebelum 1 Julai 2005 SAHAJA dengan mengemukakan permohonan rasmi ke PTPTN.

Untuk membolehkan surat pelepasan bayaran balik dikeluarkan, pelajar-pelajar berkaitan dikehendaki mengemukakan kepada PTPTN dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA atau IPTS masing-masing :

  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester pengajian
  • Salinan Ijazah Kepujian Kelas Pertama atau surat yang mengesahkan pencapaian pelajar adalah setaraf dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama.

One Stop Center

PTPTN telah membuka One Stop Center di alamat Unit 1 & 2A, 2B,, Level 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur, 50470 Kuala Lumpur. Kemudahan perkhidmatan kaunter berpusat yang disediakan kepada pelanggan di KL Sentral adalah:-

  • Pertanyaan dan Aduan
  • Rundingcara
  • Bayaran balik pinjaman
  • Pembukaan akaun SSPN
  • Penambahan deposit SSPN
  • Kemudahan capaian internet bagi menjalankan aktiviti berkaitan dengan PTPTN.

Waktu operasi adalah setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Soalan?

Jika masih memerlukan rujukan terperinci berkenaan dengan pinjaman PTPTN boleh rujuk di laman web rasmi PTPTN atau hubungi

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Hotline: 03-2092 7788

Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes (Buku)

September 8, 2007 · Filed Under Perniagaan · 14 Comments 

Pinjaman bisnes adalah salah satu langkah yang membolehkan pemilik perniagaan yang bersaiz kecil atau sederhana mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan mereka. Antara institusi institusi di Malaysia yang dapat menyediakan pinjaman perniagaan adalah seperti bank bank komersial, SME Bank, MARA, PUNB dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan pinjaman bisnes dari institusi bukanlah satu usaha yang amat mudah. Anda perlu melalui proses proses tertentu dan walaupun proses tersebut diikuti dengan betul, pinjaman perniagaan yang anda harap harapkan tidak semestinya diluluskan. Kegagalan mendapatkan pinjaman membuatkan anda tertanya tanya. Pelbagai persoalan mula menghujani fikiran anda.

“Mengapa permohonan pinjaman saya gagal?”

“Kenapa pinjaman saya terlalu lambat diluluskan?”

“Apa pula syarat syarat pinjaman yang diperlukan?”

Mungkin itu persoalan yang bermain main di fikiran kita.

Ahli perniagaan yang kurang pengetahuan dan pendedahan tentang pinjaman bisnes dan pinjaman perniagaan akan berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan institusi pinjaman. Terdapat jurang kefahaman antara pihak institusi pinjaman dengan para usahawan khususnya daripada golongan perusahaan kecil dan sederhana. Antara aspek yang tidak difahami adalah kategori institusi pembiaya yang terdapat di negara kita, bentuk kemudahan yang disediakan serta aspek-aspek operasi seperti pemantauan kredit, kadar faedah, penilaian permohonan dan cagaran. Di samping itu, mereka juga tidak arif berkaitan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan.

Jika masalah masalah tersebut melanda anda, dapatkan buku Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes yang ditulis oleh Ahmad Sazmy Abd Aziz. Buku Cara Mudah Dapat Pinjaman Bisnes diterbitkan oleh PTS Publication dan boleh didapati di kedai kedai buku utama di seluruh negara. Anda boleh belajar memahami beberapa perkara penting yang berkaitan dengan pinjaman dari institusi kewangan seperti:

  • Masalah Peniaga Kecil Mendapatkan Pembiayaan
  • Jenis Produk Pembiayaan dan Pinjaman
  • Cagaran dan Kemudahan Jaminan
  • Sebab Mengapa Pinjaman Ditolak, dan Langkah Langkah yang Boleh Diambil
  • Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) atau Business Plan
  • Kisah Kisah Usahawan Untuk Tatapan
  • dan lain lain

Jadual Berbuka Puasa 2007

September 7, 2007 · Filed Under Berita · 59 Comments 

Buat masa ini, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) masih belum mengeluarkan jadual rasmi waktu berbuka puasa untuk 2007.

Untuk mendapat maklumat berkenaan waktu solat dan berbuka, anda boleh ke laman web e-Solat (yang juga di bawah kendalian JAKIM) untuk menyemak jadual tersebut.

Pilih negeri pilihan anda, lokasi serta julat masa yang dikehendaki seperti sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

1 Ramadhan dianggarkan jatuh pada 13 Sept 2007, iaitu pada khamis depan.

Jadual Berbuka Puasa 2007

Jadual Berbuka Puasa 2007

Sumber: SKOR Career.

« Previous PageNext Page »