Permohonan Kerja Melalui Borang SPA 8
Pengenalan – Borang SPA 8 Untuk Pemohon Jawatan Kosong Kerajaan
Borang SPA 8 adalah borang yang perlu diisi oleh pemohon yang ingin memohon jawatan dan kerja kosong dalam kerajaan. Borang SPA boleh didapati secara hardcopy dan boleh dibeli di Pejabat Pos utama. Selain itu permohonan juga boleh dibuat secara online di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Setiap permohonan yang diisi hendaklah dihantar kepada:
Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 – 10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA menerusi borang SPA 8 akan dipanggil sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam bidang yang telah dipohon. Setiap pemohon akan didaftar dan akan menerima surat akuan pendaftaran dan permohonan daripada SPA. Keputusan temu duga juga akan diterima melalui pos. Anda akan dimaklumkan sama ada permohonan anda berjaya, gagal atau menjadi simpanan. Calon yang tidak hadir setelah dipanggil untuk temuduga tidak akan dipanggil lagi selama 3 tahun dan tambahan 1 tahun bagi jawatan yang lain. Jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Farmasi dikecualikan daripada syarat ini.
Bila Iklan Jawatan Kosong akan Disiarkan?
Temuduga Kerja Terbuka September & Oktober 2007
Temuduga Kerja Terbuka untuk bulan September dan Oktober 2007:
1. Volt Asia Enterprise (M) Sdn Bhd
- Tarikh: 26 & 27 September 2007 (Rabu & Khamis)
- Masa: 2.30pm-4.00pm
- Tempat: Pejabat Tenaga Kerja Rawang
- Jawatan: Operator Pengeluaran Wanita
- Kelayakan: PMR & SPM
- Tangga Gaji: RM500 (gaji pokok) & RM276 (elaun tambahan)
- Pengangkutan: Bas kilang disediakan
- Waktu Bekerja: Bekerja Shift (3 shift)
- Hari Bekerja: 6 hari bekerja & 2 hari cuti
2. Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya
- Tarikh: 03 Oktober 2007 (Rabu)
- Masa: 10.00am-4.00pm
- Tempat:
Pejabat Tenaga Kerja Bangi
No 709, Kompleks Diamond
43650 Bandar Baru Bangi - Jawatan:
- i. IT Systems Administrator
ii. Housekeeping Supervisor
iii. Guest Relation Agents
iv. Business Centre Agents
v. Telephone Operator
vi. Demi Chef
vii. Captain
viii.Waiter/Waitress
ix. Commis Cook


