Pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) oleh MPEB
MPEB atau Majlis Penggalakan Ekonomi Belia adalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan keusahawanan belia. MPEB dianggotai oleh 6 kementerian dan organisasi swasta seperti berikut;
- Kementerian Belia dan Sukan
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
- Kementerian Pengajian Tinggi
MPEB berfungsi sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam meyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020 selain meningkatkan peluang peluang kepada masyarakat belia melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang membawa manfaat menyeluruh dari aspek aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi.
Antara jenis jenis skim dalam STEB (Skim Tabung Ekonomi Belia) adalah:
- Skim Belia Niaga (SBN) – Perkhidmatan, Pembuatan dan Francais. Institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Negara Malaysia (BNM)
- Skim Belia Tani (SBT) – Pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. Institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Pertanian Malaysia
Ciri ciri skim:
1. Skop pinjaman
Pinjaman meliputi tujuan untuk pembelian peralatan, kelengkapan, modal kerja dan mengubahsuai premis
2. Had pinjaman
Had pinjaman bagi kedua dua skim adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000
3. Tempoh pinjaman
Maksimum tempoh bayaran balik pinjaman bagi kedua dua skim adalah sehingga tujuh (7) tahun
4. Kadar bayaran perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah 4% setahun berdasarkan baki pinjaman.
5. Yuran proses
Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua dua institusi kewangan yang dilantik.
6. Kutipan bayaran balik pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik. Tempoh bayaran balik pertama pinjaman mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.
Syarat syarat asas memohon:
- Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
- Telah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan KBS:
- Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
- b. Kursus Asas Perniagaan (Bagi pemohon yang memulakan perniagaan)
c. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
- Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan
- Permohonan pinjaman adalah secara individu dan jalankan perniagaan sepenuh masa
- Menyediakan 2 orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar (termasuk elaun tetap) tidak kurang dari RM1,000 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan perhutangan. Penjamin boleh terdiri daripada ahli keluarga
Untuk mendaftar untuk proses saringan secara online klik di sini.


