Permohonan Kerja Melalui Borang SPA 8

September 25, 2007 · Filed Under Kerjaya · 36 Comments 

Pengenalan - Borang SPA 8 Untuk Pemohon Jawatan Kosong Kerajaan

Borang SPA 8 adalah borang yang perlu diisi oleh pemohon yang ingin memohon jawatan dan kerja kosong dalam kerajaan. Borang SPA boleh didapati secara hardcopy dan boleh dibeli di Pejabat Pos utama. Selain itu permohonan juga boleh dibuat secara online di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Setiap permohonan yang diisi hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6 - 10 Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA.

Calon yang telah mendaftar dengan SPA menerusi borang SPA 8 akan dipanggil sekiranya terdapat kekosongan jawatan dalam bidang yang telah dipohon. Setiap pemohon akan didaftar dan akan menerima surat akuan pendaftaran dan permohonan daripada SPA. Keputusan temu duga juga akan diterima melalui pos. Anda akan dimaklumkan sama ada permohonan anda berjaya, gagal atau menjadi simpanan. Calon yang tidak hadir setelah dipanggil untuk temuduga tidak akan dipanggil lagi selama 3 tahun dan tambahan 1 tahun bagi jawatan yang lain. Jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Farmasi dikecualikan daripada syarat ini.

Bila Iklan Jawatan Kosong akan Disiarkan?

Read more

Temuduga Kerja Terbuka September & Oktober 2007

September 25, 2007 · Filed Under Berita, Kerjaya · 4 Comments 

Temuduga Kerja Terbuka untuk bulan September dan Oktober 2007:

1. Volt Asia Enterprise (M) Sdn Bhd

  • Tarikh: 26 & 27 September 2007 (Rabu & Khamis)
  • Masa: 2.30pm-4.00pm
  • Tempat: Pejabat Tenaga Kerja Rawang
  • Jawatan: Operator Pengeluaran Wanita
  • Kelayakan: PMR & SPM
  • Tangga Gaji: RM500 (gaji pokok) & RM276 (elaun tambahan)
  • Pengangkutan: Bas kilang disediakan
  • Waktu Bekerja: Bekerja Shift (3 shift)
  • Hari Bekerja: 6 hari bekerja & 2 hari cuti

2. Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya

  • Tarikh: 03 Oktober 2007 (Rabu)
  • Masa: 10.00am-4.00pm
  • Tempat:
    Pejabat Tenaga Kerja Bangi
    No 709, Kompleks Diamond
    43650 Bandar Baru Bangi
  • Jawatan:
  • i. IT Systems Administrator
    ii. Housekeeping Supervisor
    iii. Guest Relation Agents
    iv. Business Centre Agents
    v. Telephone Operator
    vi. Demi Chef
    vii. Captain
    viii.Waiter/Waitress
    ix. Commis Cook

Pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) oleh MPEB

September 18, 2007 · Filed Under Kerjaya · 97 Comments 

MPEB atau Majlis Penggalakan Ekonomi Belia adalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan keusahawanan belia. MPEB dianggotai oleh 6 kementerian dan organisasi swasta seperti berikut;

  1. Kementerian Belia dan Sukan
  2. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  3. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  4. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
  6. Kementerian Pengajian Tinggi

MPEB berfungsi sebagai badan penyelaras program pembangunan ekonomi belia dalam meyokong Dasar Pembangunan Belia Negara dan Wawasan 2020 selain meningkatkan peluang peluang kepada masyarakat belia melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang membawa manfaat menyeluruh dari aspek aspek pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi.

Antara jenis jenis skim dalam STEB (Skim Tabung Ekonomi Belia) adalah:

  • Skim Belia Niaga (SBN) - Perkhidmatan, Pembuatan dan Francais. Institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Skim Belia Tani (SBT) - Pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani. Institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Pertanian Malaysia

Ciri ciri skim:

1. Skop pinjaman
Pinjaman meliputi tujuan untuk pembelian peralatan, kelengkapan, modal kerja dan mengubahsuai premis

2. Had pinjaman
Had pinjaman bagi kedua dua skim adalah dari RM5,000 sehingga RM50,000

3. Tempoh pinjaman
Maksimum tempoh bayaran balik pinjaman bagi kedua dua skim adalah sehingga tujuh (7) tahun

4. Kadar bayaran perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah 4% setahun berdasarkan baki pinjaman.

5. Yuran proses
Yuran proses akan dikena dan ditetapkan oleh kedua dua institusi kewangan yang dilantik.

6. Kutipan bayaran balik pinjaman
Kutipan bayaran balik pinjaman menerusi institusi kewangan yang dilantik. Tempoh bayaran balik pertama pinjaman mengikut ketetapan oleh institusi kewangan yang dilantik.

Syarat syarat asas memohon:

  • Warganegara Malaysia berumur 18-40 tahun
  • Telah mendaftar sebagai pemohon dan lulus saringan KBS:
    • Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
    • b. Kursus Asas Perniagaan (Bagi pemohon yang memulakan perniagaan)
      c. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan
  • Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan
  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan jalankan perniagaan sepenuh masa
  • Menyediakan 2 orang penjamin yang mempunyai pendapatan kasar (termasuk elaun tetap) tidak kurang dari RM1,000 sebulan dan tidak mempunyai rekod tindakan perhutangan. Penjamin boleh terdiri daripada ahli keluarga

Untuk mendaftar untuk proses saringan secara online klik di sini.

Next Page »