Politeknik Ungku Omar
Laterbelakang
Politeknik Ungku Omar (PUO) atau Politeknik Ipoh adalah antara institusi yang terkenal di kalangan politeknik yang ditubuhkan di Malaysia. Fokus akademik PUO tertumpu kepada bidang sains dan teknologi dan sehingga kini melahirkan ramai graduan yang berjaya menempatkan diri mereka dalam syarikat syarikat terkenal di seluruh negara termasuk Intel, Motorola, Flextronics, Dell dan sebagainya. Kedudukannya yang strategik iaitu di tengah tengah antara kawasan perindustrian di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menjadikannya sebagai tumpuan.
Jawatan Kosong di PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini mempunyai beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh calon yang berminat untuk bekerja dengan PLKN. Jawatan yang perlu diisi adalah dalam bentuk kontrak dan juga kerja sambilan. Calon yang diterima bekerja akan bertugas di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahan Malaysia, Kuala Lumpur.
Antara jawatan kosong yang masih perlu diisi buat masa ini ialah (kekosongan adalah terbuka dan tiada tarikh tutup):
1. Pembantu Tadbir (sambilan)
Jawatan ini memerlukan calon warganegara malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada waktu permohonan dibuat. Minimum kelayakan akademik yang diperlukan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau sijil sijil kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Pembantu Tadbir (Sambilan) ialah RM28.50 sehari berserta Elaun Tetap Khidmat Awam.
Kuasai Bahasa Inggeris
Penguasaan Bahasa Inggeris kini menjadi elemen penting yang bakal memisahkan calon kerja mahupun mereka yang sudah berkerjaya. Malah kini pegawai kerajaan pun perlu menguasai Bahasa Inggeris. Walaupun kepentingan Bahasa Inggeris seringkali ditekankan di dalam media oleh kerajaan dan pihak swasta, malangnya, ramai orang mengambil langkah tidak ambil pusing dengan perkara ini.
Sebenarnya, ini tidak mengejutkan. Daripada mengambil langkah untuk memajukan diri sendiri, mereka memilih untuk menyisihkan diri. Seolah olah belajar Bahasa Inggeris akan memberikan trauma dalam kehidupan mereka. Seolah olah mereka tidak mungkin akan menguasai Bahasa Inggeris sampai bila bila. Antara sebab utama mengapa orang yang tidak mahir dalam Bahasa Inggeris tidak berusaha untuk mempelajarinya adalah mereka sangka mereka memerlukan masa yang tertentu untuk menguasai sepenuhnya. Contohnya, mereka perlu belajar dalam masa 2-3 bulan, jika mereka gagal menguasainya, bermakna mereka gagal.


