Karnival Kerjaya Kuala Lumpur, UTM Jalan Semarak, 1-2 September 2007
Kampus UTM Jalan Semarak akan menganjurkan Karnival Kerjaya Kuala Lumpur yang bakal berlangsung dari 1 hingga 2 September 2007. Karnival tersebut dianjurkan bersama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Electronic Labor Exchange (ELX). Graduan dan penganggur perlu mengambil peluang ini untuk mengintai peluang kerja dan mengetahui jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat syarikat yang mengambil bahagian dalam karnival kerjaya tersebut. Pastikan anda membawa salinan resume dan dokumen dokumen yang berkaitan jika anda berhasrat untuk menghantar permohonan kerja dalam karnival tersebut.
Inilah juga masa untuk para graduan dan penganggur untuk bersemuka dengan majikan dan mendapat pengetahuan berinteraksi secara terus dengan majikan. Ambil peluang ini untuk menilai tentang pasaran kerja serta bidang manakah yang menawarkan peluang pekerjaan yang bagus. Walaupun anda masih belum tamat belajar di institusi pengajian, tapi ini tidak bermakna anda tidak perlu hadir. Malah, anda boleh terus menghantar permohonan pekerjaan jika anda masih di tahun akhir pengajian dan masih belum menamatkan pengajian.
Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian oleh pencari kerja ialah, anda tidak harus untuk terlalu memilih kerja dan hanya menumpukan kepada pencarian kerja yang setaraf dengan kelulusan semata mata. Ramai penganggur gagal mendapat kerja kerana terlalu memilih pekerjaan. Tanggapan ‘lebih baik menganggur daripada mendapat kerja bertaraf rendah’ perlu dikikis.
Selamat mencari kerja.


