Politeknik Ungku Omar
August 15, 2007 · Filed Under Pendidikan · 6 Comments
Laterbelakang
Politeknik Ungku Omar (PUO) atau Politeknik Ipoh adalah antara institusi yang terkenal di kalangan politeknik yang ditubuhkan di Malaysia. Fokus akademik PUO tertumpu kepada bidang sains dan teknologi dan sehingga kini melahirkan ramai graduan yang berjaya menempatkan diri mereka dalam syarikat syarikat terkenal di seluruh negara termasuk Intel, Motorola, Flextronics, Dell dan sebagainya. Kedudukannya yang strategik iaitu di tengah tengah antara kawasan perindustrian di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menjadikannya sebagai tumpuan.


