Tukar Kerja - Patut Ke?

July 29, 2007 · Filed Under Kerjaya · Comment 

Pada satu peringkat, ramai orang yang berkerjaya akan sampai di satu tahap di mana mereka akan berfikir untuk tukar kerjaya mereka. Mungkin pada masa ini kerjaya mereka adalah sebagai pegawai pemasaran (marketing) tapi mereka berfikir untuk menceburi bidang teknologi maklumat (information technology).

Ada beberapa faktor yang mendorong seseorang itu berfikir untuk bertukar kerjaya. Antaranya ialah bosan dengan kerja kerja rutin harian dan inginkan sesuatu yang mencabar dan bukan rutin. Mungkin juga seseorang individu itu berasakan dia sudah mahir dalam bidang kerjaya yang diceburinya dan ingin menambahkan pengalaman dalam bidang lain.

Ada juga yang mula menyedari bidang kerjaya yang mereka ceburi selama ini bukanlah sesuatu yang benar benar mereka minati tetapi hanya disebabkan mereka tidak diberikan peluang untuk memikirkan dan memilih benar benar kerjaya manakah yang ingin mereka pilih.

Ada beberapa langkah yang boleh anda buat dalam membuat keputusan samaada wajarkah anda bertukar kerjaya, atau menentukan bidang kerjaya manakah yang benar benar menarik minat anda.

1. Senaraikan perkara yang benar benar anda minat lakukan. Contohnya membaca, bermain futsal, menulis sajak atau novel, bergosip, melukis dan sebagainya.

Dalam setiap apa yang anda gemarkan lakukan, ada kerjaya yang berkaitan dengannya. Contohnya, seorang yang suka menulis boleh menjadi novelis atau seorang reporter. Jika anda suka bermain futsal mungkin anda boleh membuka pusat bermain futsal (futsal centre) di lokaliti anda.

2. Senaraikan sebab kenapa anda tidak sukakan kerjaya anda sekarang. Adakah sebab tidak berpuas hati dengan bos atau rakan sekerja?

Ingat, jika tidak suka bos, syarikat atau rakan sekerja tidak bermakna anda tidak suka dengan kerjaya anda. Adakah anda seorang eksekutif akaun tetapi anda tidak gemarkan membuat kira kira dan audit akaun? Jika betul besar kemungkinan kerjaya di bidang akaun bukanlah untuk anda.

3. Jika anda memutuskan untuk tukar kerjaya, buat research sejauh manakah perkara baru yang anda perlu pelajari dalam kerjaya baru untuk memastikan proses penukaran kerjaya tidak terlalu memakan masa dan menghabiskan banyak sumber.

Sebagai contoh jika anda di bidang pemasaran tetapi pada masa yang sama anda tahu setup PC, dan install software serta troubleshoot hardware, maka relatifnya agak mudah untuk anda bertukar ke bidang IT.

4. Selalu intai peluang kerjaya yang anda minati menerusi kenalan dan rakan rakan anda (network). Ingat, lebih susah untuk convince orang yang tidak dikenali terhadap niat anda untuk bertukar kerjaya daripada orang yang sudah anda kenali dan percayai.