Kementerian Pengajian Tinggi

July 27, 2007 · Filed Under Pendidikan · 4 Comments 

Kementerian Pengajian Tinggi atau Ministry of Higher Education ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan pengajian peringkat tinggi (universiti dan kolej, pengurusan kemasukan, biasiswa & pinjaman pelajaran dan sebagainya) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pendidikan. Operasi Kementerian Pengajian Tinggi berpusat di Parcel E, Putrajaya.

Sementara itu organisasi kementerian ini dibahagikan lagi kepada 2 jabatan iaitu Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti. Jabatan Pengurusan IPT bertanggungjawab ke atas Sektor Pengurusan IPTA dan IPTS.

LAN, PTPTN, Yayasan TAR termasuk IPTA utama seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 16 lagi institusi tempatan.

Pelajar serta mereka yang berminat untuk bertanyakan berkenaan pinjaman dan biasiswa (PTPTN atau Yayasan TAR), kemasukan ke Politeknik, sambungan pelajaran ke luar negara serta kemasukan ke IPTA boleh merujuk kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Alamat:
Kementerian Pengajian Tinggi,
Blok E3, Parcel E
Pusat Perbadanan Kemajuan Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-8883 5000

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007, UPM

July 27, 2007 · Filed Under Kerjaya · 4 Comments 

Bermula hari ini, Karnival Kerjaya Kebangsaan untuk tahun 2007 akan diadakan di UPM sehingga 29 Julai 2007 bertempat di Dewan Utama UPM.

Read more