20 Juta Rekod Pencen di Jepun Hilang

October 5, 2008 · Kategori: Berita 

Kerajaan Jepun kini dilanda kemelut setelah mendapati terdapat kira kira 20 juta rekod pencen pekerja di negara itu tidak dipadankan dengan penama yang sepatutnya. Masalah tersebut bermula pada tahun lepas apabila lebih 60 juta akaun pencen gagal menghubungkan dengan pemiliknya yang sah.

Pelbagai usaha telah dilakukan sejak dari tahun lepas, namun sehingga kini, hanya 60% daripada masalah tersebut selesai, manakala 40% menghadapi risiko tidak mendapat bayaran pencen yang sepatutnya. Daripada 20 juta rekod yang masih hilang, separuh daripadanya tidak pernah direkodkan dalam sistem komputer, menjadikan masalah tersebut semakin rumit.

Keadaan menjadi semakin sukar buat pemilik akaun pencen wanita yang berkahwin, kerana kebiasaan adat di Jepun adalah menukar nama keluarga wanita kepada keluarga si suami setelah berlangsungnya perkahwinan.

Di Jepun, tolakan wang pencen bulanan adalah wajib untuk pekerja yang berumur antara 20 hingga 60 tahun, dengan bayaran kira kira 6% sebulan daripada gaji asas bulanan mereka. Sistem pencen tersebut dikendalikan oleh Agensi Insurans Sosial yang bertanggungjawab keatas penerimaan dan pembayaran pencen kepada pesara.

Baru baru ini, agensi tersebut menerima kritikan daripada pelbagai lapisan pihak apabila salah seorang daripada pekerja agensi tersebut didapati terlibat dalam pemalsuan data gaji, sehingga menjadi punca salah satu sebab mengapa Perdana Menteri, Yasuo Fukuda, meletak jawatan secara tergesa gesa pada bulan September 2008.

Entry Lain Yang Menarik:

  1. 300,000 Daftar Dengan JobsMalaysia
  2. 220,000 Jawatan Menerusi Zon Ekonomi Baru
  3. Lebih Banyak Karnival Pekerjaan di Kawasan Felda

Comments

Leave a Reply