10 Tip Temuduga Kerja (bah 1)
Berikut adalah 10 tip temuduga kerja yang anda boleh adaptasi.
1. Buat Kajian Tentang Syarikat/Majikan.
Buat kajian tentang latar belakang syarikat kerana besar kemungkinan penemuduga akan bertanya kepada anda sejauh mana anda tahu tentang syarikat mereka. Ini penting kerana ia menunjukkan sama ada kita benar benar berminat untuk berkerja di syarikat tersebut atau kita sekadar ambil mudah sahaja. Pada zaman internet ini, amat mudah untuk kita mendapatkan maklumat berkenaan syarikat syarikat tersebut melalui laman web mereka. Sebagai contoh, syarikat IBM, Intel, Petronas, Accenture dan sebagainya mempunyai laman web rasmi mereka tersendiri.
Anda juga perlu ambil tahu sebanyak mungkin berkenaan dengan berita berita terkini yang berkaitan dengan syarikat tersebut. Sebagai contoh adakah anda membaca berita 2, 3 hari lepas bahawa syarikat yang anda pohon bakal bergabung dengan syarikat yang lain dan bakal mengurangkan jumlah pekerja? Jika ya, maka anda berada dalam situasi yang tidak bagus. Yalah, takkan bila baru masuk kerja sudah nak kena diberhentikan? Malang betul.
2. Buat Kajian Tentang Jawatan Kosong Yang Dipohon.
Pastikan anda mendalami tentang jawatan yang dipohon terutama tugas tugas utama yang perlu dilakukan apabila anda menjawat jawatan berkenaan. Sebagai contoh, jika jawatan yang dipohon ialah Pembantu Akaun, senaraikan rutin rutin tugasan yang mungkin anda akan lakukan jika diterima menjadi seorang Pembantu Akaun di syarikat tersebut. Anda mungkin tidak mengetahui kesemuanya, tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menyenaraikan sebanyak mungkin senarai tugasan dan memilih beberapa yang anda fikirkan paling tepat.
Memang amat memalukan jika kita sendiri tidak tahu apakah tugas tugas yang bakal kita lakukan untuk jawatan yang bakal kita pegangi. Pasti si penemuduga juga akan jatuh mood apabila mengetahui anda tidak cukup serius untuk mengambil tahu tentang selok belok jawatan yang kita pohon.
3. Sediakan Senarai Contoh Soalan Temuduga Yang Mungkin Ditanya Kepada Anda
Banyak sumber yang ada menyediakan senarai contoh soalan temuduga yang boleh anda dapati. Salah satu daripadanya ialah dari laman web SKOR Career. Anda juga boleh mendapatkan contoh contoh soalan temuduga yang lain dari sumber sumber yang berikut:
1. Working-Smart’s Interview Questions & Preparation
2. Interview Tips and Questions by Career Consulting Corner
3. Sample Behavioral Questions by Quint Careers
4. Sample Interview Questions by About.com
Selain daripada contoh soalan temuduga yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, anda juga akan mendapat manfaat berkenaan dengan tip tip serta panduan menghadiri temuduga.
4. Berlatih Hadiri Temuduga Secara Praktikal dan Role Play.
Tiada gunanya kalau kita sekadar mengutip contoh contoh soalan temuduga jika sekiranya kita tidak mempraktikkannya secara praktikal atau role play. Role play di sini bermakna anda mencari seorang pasangan untuk memainkan peranan sebagai penemuduga, manakala anda menjadi calon pekerja. Si penemuduga ini akan bertanyakan soalan kepada anda berdasarkan kepada soalan soalan yang telah anda kumpul dan anda berlatih menjawab soalan soalan tersebut satu demi satu.
Setelah temuduga role play selesai, tibalah masa untuk anda membuat kaji selidik ke atas persembahan anda dalam temuduga tadi. Dapatkan pendapat daripada pasangan anda tentang prestasi temuduga anda, buat analisa terhadap kelemahan anda, dan cuba perbaiki kelemahan itu. Ulang role play sehingga anda dan pasangan anda berasa puas hati. Insyaallah, dengan melakukan role play ini berulang kali, keyakinan anda akan bertambah tinggi. Perasaan gemuruh anda akan berkurang.
5. Cari Maklumat Tentang Penemuduga
Sebaik baiknya cari maklumat tentang penemuduga anda. Anda tidaklah perlu mendapatkan nama mereka, tetapi seboleh bolehnya cuba siasat apakah jawatan yang dipegang oleh si penemuduga tersebut. Ini kerana adalah penting untuk mengetahui penemuduga itu datang dari bahagian mana sama ada dari bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang berkaitan dengan jawatan anda. Ini kerana jika penemuduga datang dari bahagian Sumber Manusia, soalan yang bakal dikemukan lebih bersifat menganalisa sifat sifat seperti kemahiran berkomunisi, membuat analisa serta personaliti anda. Jika temuduga melibatkan bakal bos anda, maka soalan temuduga akan digabungkan untuk mengkaji sikap anda serta kemahiran dan pengetahuan anda dalam bidang yang diperlukan oleh jawatan yang dipohon.
Bersambung di bahagian kedua.
Entry Lain Yang Menarik:
- Temuduga Terbuka SONY, 25 April
- Contoh Resume (Bahasa Malaysia)
- Kerja Kerajaan Popular
- Kenapa Pilih Kerja Kerajaan?
- ASB Bukan Pelaburan Paling Menguntungkan
Comments
2 Responses to “10 Tip Temuduga Kerja (bah 1)”
Leave a Reply




[...] Dari bah 1. [...]
i need more info
Balas Komen Ini