10 Syarikat Terbaik Graduan
Dalam sebuah bancian yang dijalankan oleh GTI Specialist Publisher, sebuah firma tinjauan berpangkalan di United Kingdom, Shell telah dinamakan sebagai syarikat terbaik untuk graduan di Malaysia untuk anugerah Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers.
Kajian yang dilakukan melibatkan lebih 15,000 pelajar yang sedang berada di tahun akhir pengajian masing masing di beberapa buah negara termasuk Malaysia, Australia dan United Kingdom. Dalam senarai 10 syarikat yang didominasi oleh syarikat asing, Shell mengatasi beberapa syarikat multinasional lain termasuklah Intel, PricewaterhouseCoopers (PwC) dan HSBC untuk berada gah di takhta senarai.
Berikut adalah 10 syarikat terbaik dalam senarai Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers:
1. Shell
Untuk berdekad lamanya, Shell memang seringkali menjadi organisasi pilihan graduan yang bercita cita besar mengembangkan kerjaya mereka tak kiralah samaada di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Kerjaya bersama Shell menjanjikan peluang luas menimba ilmu dan pengalaman, yang datang dengan pakej penggajian dan faedah yang menarik.
2. Intel
Intel beroperasi di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah, dan merupakan organisasi yang diimpikan oleh bakal jurutera, pakar IT, serta graduan yang memilih teknologi sebagai cabang kerjaya mereka. Tidak dapat dinafikan, Intel mempunyai reputasi sebagai antara syarikat pembinaan paling terkenal di negeri Pulau Mutiara dan menyumbangkan nilai yang begitu signifikan terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang.
3. Schlumberger
Seorang graduan yang diterima bekerja dengan Schlumberger pernah berkata, “Schlumberger mungkin syarikat terbesar yang belum pernah didengari oleh seorang pelajar.” Ini kerana, walaupun namanya tidak sepopular Shell dan Intel, Schlumberger merupakan antara syarikat terbesar dalam bidang gas dan petroleum dengan kekuatan lebih 80,000 orang pekerja di seluruh dunia.
4. PricewaterhouseCoopers (PwC)
PricewaterhouseCoopers atau PwC adalah salah satu syarikat Big 4, iaitu antara 4 buah syarikat paling berprestij dalam bidang audit dan perakaunan. PwC lahir di London pada tahun 1998 apabila dua syarikat gergasi di United Kingdom membuat keputusan untuk bergabung menjadi syarikat perakaunan profesional terbesar di dunia. Kerja lebih masa mungkin menjadi rutin seorang pekerja, tetapi habuan dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran bakal menanti graduan.
5. Ersnt & Young (EY)
Ersnt & Young (EY) adalah satu lagi syarikat perakaunan yang tergolong dalam the Big 4, dengan 2 pusat operasi globalnya berpusat di New York, Amerika Syarikat dan London, United Kingdom. EY yang dilihat hari ini adalah hasil beberapa penggabungan syarikat besar di seluruh dunia yang akhirnya membentuk sebuah organisasi yang mantap. Pada tahun 2007, Forbes menyenaraikan EY sebagai syarikat ketujuh terbesar di Amerika Syarikat.
6. KPMG
Sebuah lagi syarikat Big 4, KPMG mempunyai jumlah pekerja yang ramai iaitu lebih 120,000 orang dengan operasi di lebih 140 buah negara seantero dunia. Huruf K,P,M dan G yang membentuk nama syarikat ini mewakili 4 orang rakan kongsi terawal yang menubuhkan KPMG. KPMG menawarkan khidmat profesional untuk pelbagai industri termasuk pembinaan, tenaga, pendidikan, kesihatan, media dan lain lain.
7. HSBC
HSBC adalah antara syarikat perbankan yang tertua di dunia, dan bermula operasi awalnya di Hong Kong dan Shanghai setelah ditubuhkan oleh seorang pedagang dari United Kingdom. Pada tahun 2008, HSBC dinamakan oleh Forbes sebagai syarikat paling besar di dunia dan menduduki carta teratas dalam senarai Forbes 2000.
8. Public Bank
Public Bank diasaskan oleh usahawan tempatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow yang banyak menggondol anugerah keusahawan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Teh Hong Piow memegang jawatan sebagai pengerusi syarikat Public Bank sehingga ke hari ini. Public Bank dinamakan Best Managed Malaysia Company oleh Finance Asia pada tahun 2008, dan juga menduduki tangga kedua di belakang Maybank dalam senarai jenama syarikat paling bernilai di Malaysia untuk tahun yang sama.
9. CIMB
CIMB diasaskan oleh adik kepada Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Seri Najib Tun Razak), iaitu Datuk Nazir Tun Razak yang sehingga ke hari ini memainkan peranan penting dalam membangunkan syarikat perbankan tersebut. CIMB berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan buat masa ini merupakan syarikat perbankan kedua terbesar selepas Maybank.
10. Maxis
Maxis sinonim dengan seorang lagi usahawan tempatan, iaitu Tan Sri Ananda Krishnan yang kini memilih untuk menetap di London, United Kingdom. Dalam senarai orang terkaya di Malaysia untuk tahun 2009, Ananda berkongsi tempat teratas bersama Robert Kuok. Sebagai gergasi dalam bidang telekomunikasi, Maxis bersaing hebat dengan beberapa pesaing terdekat termasuklah Celcom, DiGi dan U-Mobile.
Maaf, tiada post lain yang setara.Comments
One Response to “10 Syarikat Terbaik Graduan”
Leave a Reply




saya ingin meminta pendapat, dari mn saya boleh meminta bantuan utk mengembangkan lagi ternakan kambing saya. sudah 2 bank saya memohon pinjaman tp tidak lulus. masalahnya akaun tidak memuaskan. ada rm 5000 sahaja. saya memohon rm 50,000. saya harap encik dapat tunjukan jalan.
Balas Komen Ini